Selasa, 4 Februari 2014

Jawatan Kosong untuk Temuduga Terbuka Pos Laju (Seluruh Negeri) - 1 March 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Pos Malaysia Berhad (Pos Laju) dalam jawatan seperti berikut:

Temuduga Terbuka Pos Malaysia Berhad (Pos Laju) Seluruh Negeri


Jawatan:

1. Kerani Tetap
2. Kurier Tetap
3. Operator Warehouse
4. Pekerja Sambilan Kurier/ Kerani/ Operator Warehouse

Syarat-Syarat Kelayakan Jawatan

1. Kerani Tetap
  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setaraf dengannya. Kredit dalam Bahasa Malaysia dan lulus Bahasa Inggeris
  • Kepujian salah satu daripada matapelajaran Matematik/Perakaunan/Perdagangan dan Ekonomi
  • Boleh Bertutur dalam Bahasa Inggeris
  • Keutamaan kepada calon yang boleh mengendalikan Komputer
  • Boleh bertugas dengan baik tanpa pengawasan, sanggup menerima beban kerja dan boleh bertugas lebih masa.
  • Umur antara 18 hingga 29 tahun
  • Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit
  • Tidak mempunyai rekod jenayah dan tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah
  • Penempatan di seluruh Malaysia


2. Kurier Tetap
  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia sekurang-kurangnya Lulus Bahasa Melayu.
  • Sekiranya hanya memiliki Sijil Rendah Pelajaran atau Penilaian Menengah Rendah sahaja (Lulus Bahasa Malaysia), calon perlu memiliki pengalaman dalam industri yang sama seperti pengalaman sebagai Despatch dan pemandu van @ lori sekurang-kurangnya 2 tahun.
  • Sanggup bekerja mengikut Shif
  • Mempunyai lesen memandu kelas B2 dan D atau E yang sah (Lesen ‘P’ percubaan tidak diterima)
  • Keutamaan kepada calon yang mempunyai GDL
  • Umur antara 18 hingga 29 tahun
  • Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit
  • Tidak mempunyai rekod jenayah dan tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah
  • Penempatan di seluruh Malaysia


3. Operator Warehouse
  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia sekurang-kurangnya Lulus Bahasa Melayu.
  • Sekiranya hanya memiliki Sijil Rendah Pelajaran atau Penilaian Menengah Rendah sahaja (Lulus BahasaMalaysia), calon perlu memiliki pengalaman dalam industri yang sama seperti pengalaman sebagai Operator Warehouse sekurang-kurangnya 2 tahun.
  • Sanggup bekerja mengikut Shif & Lebih Masa
  • Umur antara 18 hingga 29 tahun
  • Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit
  • Tidak mempunyai rekod jenayah dan tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah
  • Penempatan di seluruh Malaysia



4. Pekerja Sambilan Kurier/ Kerani/ Operator Warehouse

  • Warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan 35 tahun
  • Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Rendah Pelajaran atau Penilaian Menengah Rendah
  • Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit
  • Tidak mempunyai rekod jenayah dan tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah
  • Sanggup bekerja shif & lebih masa
  • Penempatan Pekerja Sambilan Kurier/Kerani di seluruh Malaysia
  • Penempatan Pekerja Sambilan Operator Warehouse di sekitar Klang Valley
  • Mempunyai lesen memandu kelas B2, D atau E yang sah akan diberi keutamaan

Tarikh-Tarikh Temuduga Bersama Pos Laju Di Pusat JobsMalaysia (JMC), Seluruh Malaysia

PENTING!! Anda dinasihatkan menghubungi Pusat JobsMalaysia negeri yang hendak anda hadirkan diri untuk keterangan lanjut seperti masa temuduga dan lain-lain.
Maklumat JMC setiap Negeri (KLIK SINI)

Tips dan Panduan Menghadiri Temuduga - KLIK SINI
Tarikh-Tarikh Temuduga Bersama Pos Laju Di Pusat JobsMalaysia (JMC), Seluruh Malaysia




BIL
TEMPAT TEMUDUGA (JMC)
KAWASAN POS LAJU TERLIBAT
TARIKH TEMUDUGA
1
JMC Selangor
Petaling Jaya, Kota Damansara, Puchong, Kepong, Cheras, Shah Alam, Balakong, Bandar Baru Bangi, Banting, Kuala Selangor, Putrajaya, Batu Caves, Rawang, Klang, Kuala Lumpur
08 Februari 2014 (Sabtu)
2
JMC Johor
Batu Pahat, Johor Bahru, Pekan Nanas, Pasir Gudang, Kota Tinggi, Kluang, Muar, Segamat
08 Februari 2014  (Sabtu)
3
JMC Pahang
Bentong, Pekan, Temerloh, Kuantan
10 Februari 2014 (Isnin)
4
JMC Terengganu
Chukai, Dungun, Jerteh, Kuala Terengganu
10 Februari 2014 (Isnin)
5
JMC Kelantan
Kota Bahru, Machang, Pasir Mas
10 Februari 2014 (Isnin)
6
JMC Kedah
Alor Setar, Sungai Petani, Jitra, Kulim
11 Februari 2014 (Selasa)
7
JMC Sarawak
Bintulu, Sarekei, Miri, Kuching, Limbang, Sri Aman, Sibu
11 Februari 2014 (Selasa)
8
JMC Perlis
Kangar, Langkawi
13 Februari 2014 (Khamis)
9
JMC Negeri Sembilan
Bahau, Nilai, Port Dickson, Seremban
15 Februari 2014 (Sabtu)
10
JMC Sabah
Keningau, Tawau, Lahad Datu, Labuan, Sandakan, Kota Kinabalu
15 Februari 2014 (Sabtu)
11
JMC Pulau Pinang
Bukit Mertajam, Butterworth, Pulau Pinang,
18 Februari 2014 (Selasa)
12
JMC Perak
Taiping
Sitiawan, Ipoh, Tapah, Tanjung Malim, Kuala Kangsar, Teluk Intan
20 Februari 2014 (Khamis)
13
JMC Melaka
Melaka
01 Mac 2014 (Sabtu)

PENTING!! Anda dinasihatkan menghubungi Pusat JobsMalaysia negeri yang hendak anda hadirkan diri untuk keterangan lanjut seperti masa temuduga dan lain-lain.
Maklumat JMC setiap Negeri (KLIK SINI)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan