Sabtu, 14 September 2013

Pesta Liar Selepas Konsert Metallica Di Stadium Merdeka



Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata beliau turut menghadiri konsert itu tetapi tidak pula melihat mana-mana orang menganjurkan pesta liar selepas konsert selesai.

Ketua Pemuda Umno meminta Pemuda PAS lebih berlapang dada terhadap penganjuran konsert, seperti yang menampilkan kumpulan rock Metallica pada minggu lepas.

Katanya, Pemuda PAS tidak seharusnya membuat kesimpulan terburu-buru bahawa ia adalah gaya hidup yang mementingkan keseronokan semata-mata.

Menurutnya beliau turut menghadiri konsert itu tetapi tidak pula melihat mana-mana orang menganjurkan pesta liar selepas konsert selesai.

"Kata PAS, konsert begini akan menjurus kepada hedonisme atau pesta seks kemudiannya.
 




"Tapi selepas jam 11 malam, kebanyakan pengunjung konsert itu yang kebanyakannya individu pertengahan usia yang turut membawa isteri mereka ke konsert, memandu kereta mereka dan terus pulang ke rumah," katanya.

Menurutnya, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan juga hadir ke konsert itu tetapi berada di luar stadium untuk membantah penganjuran konsert tersebut.

Beliau berkata demikian sewaktu diminta peserta Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia ketujuh untuk mengulas tentang penganjuran konsert seperti konsert K-pop yang didakwa cenderung kepada gaya hidup bersifat hedonistik.

View the original article here

Tiada ulasan:

Catat Ulasan