Linda yang ditemui sewaktu majlis pelancaran drama Mencitaimu di ibu kota semalam bersama suaminya kelihatan semakin berseri walaupun mengalami alahan di awal kehamilan.
Masa awal-awal dulu memang Linda ada alami lemah badan dan loya-loya tapi takdelah sampai muntah. Yang kelakarnya bukan morning sickness tapi evening sickness. Dalam minggu lepas pun Linda lemah sangat sebab demam.
Namun nampaknya bukan Linda sahaja mengalami alahan, malah Beego juga turut terkena tempias pembawakan budak dari isterinya.
Sebelum Linda disahkan mengandung dulu, saya alami morning sickness. Saya hilang selera makan waktu pagi, tak sedap badan dan sebagainya. Bila tanya Linda, dia pun kata dia tak sihat. So bila pergi check dan tahu Linda mengandung, baru sedar yang benda ni boleh terjadi kepada suami.Bagaimanapun, Beego akui sangat gementar sebaik sahaja mendapat tahu bahawa dirinya bakal menjadi seorang ayah.
Tapi saya dah berdoa kepada Allah S.W.T, sekiranya Linda sakit, pindahkan sakit Linda kepada saya.
Saya sangat bersyukur kerana tak sangka baru sahaja berkahwin saya bakal dikurniakan zuriat. Tetapi sebagai seorang lelaki yang tak pernah ada pengalaman menjadi seorang ayah, saya agak gementar. Pastinya saya nak yang terbaik untuk kandungan dan ibunya juga. Jadi, saya rasa tanggungjawab saya sekarang lebih besar menjaga Linda dan bayi yang bakal lahir.Linda yang kini sedang hamil dua bulan dijangka akan melahirkan anak sulungnya pada hujung bulan empat tahun hadapan.
Buat masa ini Linda sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama terbitan Bright Network berjudul Pulang Sayang hingga bulan November nanti.
sumber: ohbulan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan