Kesihan kat pengarah muda, Syamsul Yusof. Belum lagi filem KL Gangster 2 ditayangkan di panggung wayang, adalah pula orang jahil yang dah keluarkan terlebih dahulu kat internet.
Bahkan tidak mahu putus asa, sudah di delete oleh pihak berwajib di laman sosial YouTube, orang jahil ini masih lagi berkeras memuatnaik filem berkenaan untuk tatapan umum dengan menggunakan akaun baharu, kalau tidak silap 29hb masih lagi ada.
Tidak dapat dipastikan bagaimana dia mendapatkan salinan filem berkenaan. Ada kemungkinan besar, orang dalam produksi atau panggung wayang yang bersangkutan dalam bekerjasama. Tapi apa-apa pun biarlah diharap siasatan akan dijalankan oleh PDRM dan sebagainya.
Tak ker ratusan ribu Ringgit rugi ni Syamsul akibat dek orang jahil ni ada sebulan lagi sebelum masa penayangan rasmi dibuat. Admin cadangkan agar filem ini dipercepatkan tayanganya, kalau dah sampai di tangan 'Ah Cai', habis dia copy kemudian jual sebagai DVD haram. Ye la, kedai DVD/CD sekarang ni tumbuh bagai cendawan selepas hujan, merata-rata dah ada.
Apa-apa pun sabarlah Syamsul, semoga orang jahil itu sedar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan