Khamis, 15 Ogos 2013

Pencuri gali 'kubur' sendiri

Dalam kejadian di Xi’an di wilayah Shaanxi itu lima penjenayah terbabit sedang bekerjasama menggali kubur lama di kawasan berkenaan.Dua daripada mereka menggali kubur itu, manakala tiga yang lain bertugas sebagai pemerhati.Media semalam melaporkan, sejurus selepas tengah malam tebing kubur itu runtuh dan menimbus dua penjenayah yang sedang menggali lubang berkenaan.


Panik kerana tidak dapat menyelamatkan rakan mereka, tiga pencuri itu kemudian terpaksa meninggalkan kawasan berkenaan untuk mendapatkan bantuan. Bagaimanapun, hanya dua yang menghubungi pihak berkuasa dan membawa mereka ke tempat kejadian, manakala seorang lagi menghilangkan diri. Selepas kerja menyelamat dijalankan, seorang daripada penggali terbabit disahkan mati di dalam kubur berkenaan kerana lemas, manakala rakannya mati dalam perjalanan ke hospital. Daripada tiga yang terselamat, hanya dua pencuri yang dapat ditahan polis dan seorang lagi masih diburu. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan