Penyanyi Nurayu Damit atau lebih dikenali dengan Ayu OIAM (One In A Million) menafikan cerita mengenai rumah tangganya bersama Syed Fauzi Syed Badaruddin, 24, kini dilanda masalah adalah tidak benar.Pelantun lagu "Hanya Di Mercu" yang sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga mengatakan dia masih bahagia bersama suami sekaligus menolak khabar angin kononnya mereka sudah tidak tinggal sebumbung.
"Saya bahagia dengan suami, malah saya tidak pernah mempunyai masalah keluarga ketika ini. Pada saya, cerita ini timbul mungkin kerana suami jarang menemani saya ke mana-mana acara. Jujurnya, suami saya memang tidak suka melibatkan diri dengan urusan kerjaya saya," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Utusan Malaysia.
ayu OIAM nafi cerita masalah rumahtangga |
Ayu yang turut mempunyai dua orang anak hasil perkahwinannya dengan Syed Fauzi iaitu Syed Nashrul Haikal dan Syarifah Alya Adriana memberitahu suaminya langsung tidak menghalang kerjayanya sebagai penyanyi dan kepercayaan yang diberikan itu tidak akan disia-siakannya.
"Suami memang tidak pernah halang saya meneruskan kerjaya sebab dia tahu ini kerjaya saya. Cuma sebagai isteri dan ibu, ada batas yang saya perlu akur," jelasnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan