Ahad, 28 Julai 2013

Resepi Nasi Ayam Terbaik [Tutorial]

Resepi Nasi Ayam yang memang pasti sedap. Sangat berbaloi mencuba resepi ini walaupun nampak sukar dan menggunakan bahan yang banyak. Anda pasti puas hati dengan hasilnya! Boleh sediakan masa santapan hari raya aidilfitri nanti.Anda juga boleh juga kongsikan resepi ini kepada rakan anda.Cubalah masak dahulu dan sediakan untuk suami atau anak anda.Selamat mencuba..

Resepi Nasi Ayam

Penyediaan Masakan : 40 Minit | Memasak: 1 Jam

Jumlah Hidangan: 4

Bahan-bahan:

Bahan untuk ayam (direbus) :

1 ekor ayam dipotong 8
2 ulas bawang putih
2 cm halia yg diketuk
1 kiub ayam
Bahan untuk ayam (diperap) :

1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 sudu besar kicap cair
Sedikit madu untuk sapuan
Bahan untuk nasi:

3 cawan beras
4 cawan air rebusan ayam
2 sudu besar butter
1 cm halia – ditumbuk
3 ulas bawang putih – ditumbuk
Sedikit garam
2 bunga lawang*
4 buah pelaga*
1 kayu manis*
1 batang serai – ketuk
2 helai daun pandan
Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
Bahan untuk sos:

5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu besar cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam
Bahan untuk sup:

Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Rempah sup bunjut
Garam
Daun sup dan daun bawang yg dihiris
Bahan untuk kuah kicap:

Kuah kicap perapan ayam di atas
Kicap manis cap kipas udang
Sedikit garam
Air rebusan ayam
Cara Membuat:

Cara untuk memasak ayam:

Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Cara untuk memasak nasi:

Basuh beras dan tos air.
Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.

Cara untuk memasak sos:

Kisarkan semua bahan di atas.
Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
Cara untuk memasak kuah kicap:

Campurkan semua bahan untuk kicap Dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

Hidangan Oleh : Che Nom

Tiada ulasan:

Catat Ulasan