Jumaat, 26 Julai 2013

Kaedah buat duit online 2013

Sekarang sudah mudah, pelbagai cara boleh digunakan untuk membuat duit melalui internet ataupun secara offline.Apa yang perlu ada ialah ilmu serta kemahiran dan pasti membuahkan hasil amat memberangsangkan.Jika anda ingin tahu cara-caranya anda perlulah berguru dengan orang yang pakar dalam bidang berkenaan.

Berikut adalah contoh cara untuk membuat duit asalkan anda rajin

Buat duit di rumah 

-Apa yang pasti kerja ini memerlukan kemahiran yang tinggi, dan antara contoh boleh dibuat adalah mengambil upah menjahit atau membuat kerja seperti perkhidmatan menjaga bayi (baby sitter).
buat duit online
Buat duit online  

-Sekarang ini kalau di ikutkan semakin ramai berjaya membuat duit secara online, tanpa perlu berjumpa dengan sesiapa sahaja.Asalkan anda ada produk yang power, anda boleh menjual secara online.Contoh nya seperti menjual tudung fareeda, yang paling popular melalui jualan online.

Buat duit di internet

-Maksudnya sama juga seperti diatas membuat jualan secara online.

Buat duit tanpa modal

-Buat duit tanpa modal inilah salah satu cara yang orang paling suka sebab tidak mahu menanggung risiko kerugian.Kita tolong mempromosikan barangan orang lain dan kita mendapat komisen dan ini dipanggil affiliate.Komisen diberikan sehingga 70% dan semua bergantung kepada tuan tanahnya..

Buat duit dengan facebook

-Ini semakin popular sekarang berikutan facebook merupakan medium utama 100% menjadi kegemaran pengguna online.Oleh sebab itu ia merupakan satu kaedah yang paling bagus dan terus kepada pelanggan.Teknik yang paling berkesan untuk buat duit dengan facebook, kita menggunakan FB ADS.Kita perlu keluarkan modal dan kita beriklan.Dari pengiklanan tersebut kita boleh mendapat jualan atau mencari rakan niaga seterusnya mendatangkan keuntungan kepada kita.

Buat duit dengan blog

-Cara ini amat berkesan jika anda mahir SEO, sebab melalui SEO blog kita menjadi semakin popular dan trafik semakin tinggi dan mendapat keuntungan yang tinggi.Bagaimana?Kita akan dapat melalui affiliate, atau sewaan ruang iklan di blog ataupun kaedah PPC(Pay Per Click).

Buat duit dengan nuffnang
-Amat sesuai jika anda mempunyai blog yang ranking yang tinggi serta trafik dan senang mendapatkan keuntungan dari situ sebab nufnang pun akan bayar kepada kita jika ada klik pada nuffnang dari blog/website kita.

Buat duit dengan google

-Kaedah lebih kurang dengan nuffnang, pay per click / pay per impression, semakin tinggi impression atau klik jumlah pendapatan anda akan bertambah.Setakat ini blogger malaysia ada memperolehi paling tinggi RM15k sebulan, hasil dari blogspot sahaja.Ini baru blogger yag dikenali, belum underground mungkin cecah RM20k keatas sebulan.Memang menarik, dan yang paling penting blog mesti super pawwa.

Buat duit dengan emas

-Ini merupakan bisnes jangka panjang, beli emas semasa harga rendah dan jual semasa harga tinggi.Memang amat di syorkan membuat bisnes ni untuk jangka masa yang panjang.

Like dan Share post ini ok..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan