Peminat yang sering mengikuti perkembangan kisah cinta pelakon Tiz Zaqyah pasti sudah mengetahui bahawa pelakon drama "Nur Kasih" itu sedang hangat bercinta dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Daniel Haziq.Tiz yang memang bersikap terbuka dan sering berkongsi gambar mereka dalam laman sosial Instagram nampaknya semakin berani memperkenalkan kekasihnya kepada umum apabila dilihat membawa Daniel dalam majlis sidang media drama terbaru lakonan Tiz, "Jodoh Itu Milik Kita".
tiz zaqyah sedang hangat bercinta? |
Walaubagaimanapun, pelakon ini memberitahu bahawa kehadiran Daniel pada malam tersebut merupakan satu kebetulan."Saya ajak dia dan kebetulan dia kata nak ikut, jadi saya bawalah. Secara tak langsung ini juga sikit sebanyak pendedahan bagi dia tentang dunia kerjaya saya sebagai seorang selebriti. Tapi sebenarnya dia sangat okay. Dia lelaki paling relaks yang pernah saya kenal. Dari segi soal lakonan saya terutama kalau membabitkan babak romantik, dia okay. Ini kali kedua saya bawa di majlis sebegini," ujarnya kepada Malaysian Digest.
Ketika ditanya mengenai masa depan perhubungannya, Tiz mengaku mereka ada berbincang mengenai hala tuju hubungan mereka tetapi masih terlalu awal untuk melangkah ke fasa lebih jauh. Pasangan yang hampir setahun bercinta itu juga mengatakan keluarga turut merestui perhubungan itu."Alhamdulillah keluarga pun merestui hubungan kami. Ya, kami ada berbincang tapi tak ada apa-apa perancangan lagi. Kami ada sasaran tapi tak tahu lagi bila."
Incoming terms:
- tiz zaqyah remy ishak
- tiz zaqyah biodata
- tiz zaqyah blog
- tiz zaqyah facebook
- tiz zaqyah wikipedia
- tiz zaqyah seksi
- tiz zaqyah bogel
- tiz zaqyah wiki
Sumber:Yahoo NEWS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan