Memaparkan catatan dengan label bayi comel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bayi comel. Papar semua catatan

Sabtu, 27 Julai 2013

Bayi tersepit dalam mesin kuih

Muar: Seorang bayi lelaki berusia 13 bulan cedera tangan kiri yang tersepit pada mesin pengadun kuih ketika menemani ibunya bekerja membuat kuih raya di sebuah kilang di Taman Utama Bakri, dekat sini, semalam. Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, Mohd Uqshah Iman Ramli, turut luka dan berdarah pada mulut disepit mesin berkenaan ketika sedang bermain berhampiran alat itu yang diletakkan di atas lantai. Ibunya, Maznah Osman, 37, berkata dia sedang bekerja dan tidak sedar anaknya menghampiri mesin itu sebelum Uqshah tiba-tiba menjerit dan menangis dengan kuat kerana tangan kiri disepit mesin sedang bergerak itu. 

“Badannya turut bergerak mengikut mesin itu yang berpusing sehingga mengakibatkan mulutnya terhantuk sebelum berdarah dan bengkak.“Walaupun suis dimatikan, tangan anak saya masih tersepit di antara bekas tepung dan bahagian utama mesin.“Usaha menarik keluar tangannya tidak berhasil. Saya menghubungi bomba yang menghantar tiga anggota kira-kira jam 11 pagi dan mengambil masa 20 minit mengeluarkan tangan anak saya.

Bomba mengambil masa 20 minit mengeluarkan tangan
Mohd Uqshah yang tersepit di mesin adun kuih di Muar. 

“Uqshah dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah dan dirawat sebagai pesakit luar,” katanya. 
Pemilik kilang, Norhadidah Harun, 43, berkata ketika kejadian, dia berada di tingkat atas premis itu sebelum mendengar bayi berkenaan menjerit dan bernasib baik kerana seorang pekerja bertindak pantas menutup suis mesin, sekali gus mengelak kejadian lebih buruk.

Selasa, 23 Julai 2013

Top 10 bayi comel koleksi gambar 2013


Memandangkan admin bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, admin akan share kan gambar-gambar baby yang paling comel sekali disini.Jika anda suka mana-mana bayi yang comel, anda boleh tinggalkan komen dibawah ya seperti :

"Saya suka bayi comel koleksi 1".Tulis komen berdasarkan kepada tajuk setiap gambar.

Nanti admin bolehlah tengok bayi yang mana mendapat perhatian orang ramai

bayi comel koleksi gambar 1


bayi comel koleksi gambar 2


bayi comel koleksi gambar 3

bayi comel koleksi gambar 4

bayi comel koleksi gambar 5

bayi comel koleksi gambar 6

bayi comel koleksi gambar 7

bayi comel koleksi gambar 8

bayi comel koleksi gambar 9

bayi comel koleksi gambar 10
Jika anda sukakan bayi-bayi ini boleh SHARE dan LIKE post ini ya..Terima kasih.

Incoming terms:

  • pertandingan gambar bayi comel 2013
  • bayi comel 2013
  • koleksi gambar baby comel
  • gambar bayi lucu yang bisa bergerak
  • gambar bayi cacat
  • gambar lucu
  • gambar rumah