Memaparkan catatan dengan label Tandas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tandas. Papar semua catatan

Khamis, 19 September 2013

Landasan Kereta Api Tandas Terbesar Di Dunia




‘Tandas Terbesar’ Dunia Di India? Di India, landasan kereta api di negaranya dianggap sebagai ‘tandas terbuka’ terbesar di dunia? kenapa? meh baca kisah selengkapnya di bawah


Menteri Pembangunan Luar Bandar India, Jairam Ramesh mencadangkan projek bernilai AS$130 juta (RM411.35 juta) untuk membersihkan landasan kereta api di negaranya yang dianggapnya sebagai ‘tandas terbuka’ yang terbesar di dunia, menurut beberapa laporan semalam.

Beliau menyatakan demikian pada satu mesyuarat di sini kelmarin bahawa terdapat 130 juta isi rumah yang tidak mempunyai kemudahan tandas.

“Ia merupakan sesuatu yang amat memalukan, dukacita dan marah,” kata Ramesh seperti yang dilaporkan akhbar Times of India.

Menteri itu mencadangkan supaya sebanyak AS$28 juta (RM88.59 juta) diperuntukkan untuk menyediakan 100,000 tandas mesra alam di kampung-kampung di seluruh India.

Menurutnya, kereta api di India membawa 11 juta penumpang setiap hari.

Justeru, katanya, landasan kereta api di negara ini merupakan tandas terbuka yang paling besar di dunia. – AFP

View the original article here

Selasa, 17 September 2013

Pasang CCTV Dalam Tandas Sekolah?

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran telah memulakan siasatan ke atas sebuah sekolah menengah yang didakwa telah memasang kamera litar tertutup (CCTV) dalam tandas sekolah itu.

Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan mengesahkan bahawa siasatan ke atas perkara itu sedang dijalankan pihaknya.

"Kami sedang menyiasat dakwaan tersebut dan memastikan samada kementerian telah dirujuk oleh pihak sekolah (dalam meluluskan pemasangan CCTV).







Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan

“Kami juga sedang menyiasat sebab pemasangan CCTV tersebut dan sekiranya ia adalah melanggar hak peribadi murid-murid ,” kata beliau kepada Astro Awani.

Ini adalah kontroversi terbaru yang melanda sekolah di negara ini selepas insiden makan dalam ‘tandas’ di SK Seri Pristana dua bulan lepas.

Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan bahawa SMK Seri Sentosa, Kuala Lumpur telah memasang CCTV dalam tandas murid perempuan dan lelaki sekolahnya.

Sekolah itu dikatakan telah memasang 64 buah CCTV bernilai RM100,000 selepas mendapat kelulusan dari Kementerian Pelajaran.

Pemasangan CCTV ini telah mencetuskan kemarahan segelintir ibu-bapa yang mendakwa mereka tidak tahu menahu tentang perkara itu.

Malah, mereka juga berkata mereka tidak pernah menerima sebarang surat meminta persetujuan yang dikatakan dihantar oleh pihak sekolah pada bulan Jun untuk mendapatkan kelulusan mereka ke atas pemasangan kamera tersebut.

Sebahagian daripada mereka akan memutuskan apakah bentuk tindakan lanjut yang bakal diambil hari ini.

Dalam mempertahankan pemasangan CCTV itu, guru besar SMK Seri Sentosa, Hajah Rahmah Abd Haji berkata surat meminta persetujuan itu telah dihantar kepada ibu-bapa dan penjaga 2,100 murid-murid sekolah tersebut.

Rahmah berkata, pada mulanya hanya 30 peratus daripada ibu-bapa itu memberi maklum balas negatif, tetapi kemudiannya mengubah fikiran mereka selepas mendengar penjelasan sekolah itu.

Rahmah juga berkata CCTV tersebut diajukan ke arah sinki dan tidak boleh digerakkan untuk mengacukannya ke arah tandas.

Rahmah menambah hanya beliau seorang sahaja yang mempunyai akses untuk melihat rakaman CCTV tersebut sekiranya menerima sebarang aduan daripada guru disiplin.

Katanya lagi, CCTV dipasang untuk mengelakkan masalah sosial seperti vandalisme, pergaduhan dan ponteng sekolah.

-Sumber

View the original article here

Sabtu, 14 September 2013

Tinggal Di Dalam Tandas Demi Anak

Nampaknya jurang ekonomi di China sangat ketara. Orang yang mempunyai wang yang banyak, sudah pasti mempunyai rumah mewah dan kehidupan yang sempurna. Namun, bagaimana dengan keluarga yang berpendapatan rendah?

Harga rumah sewa di beberapa wilayah di China sangat tinggi, sehingga banyak penduduknya yang memilih untuk tinggal di rumah sempit seperti yang berada di kota Wuhan.

Parahnya lagi, ada sebuah keluarga sederhana yang lebih memilih untuk menjadikan tandas awam sebagai rumahnya.

Mereka adalah keluarga Xiaoming. Liao Xiaoming (33) sebagai ketua keluarga hanya mempunyai pendapatan sebanyak 3,000 yuan.

Pasangan suami-isteri ini bekerja sebagai tukang cuci salah satu tandas awam di pinggir jalan yang sibuk di wilayah Guangdong, China. Dengan bekerja sebagai tukang cuci,mereka memilih untuk tinggal di toilet tersebut.

Alasan mereka menerima pekerjaan seperti itu ialah supaya mereka mereka dapat masuk ke sekolah negeri di Guangdong tanpa membayar yuran sekolah sementara.

Sebenarnya, mereka mempunyai rumah yang besar di kampung halamannya. Menurut pengakuan Liao Xiaoming, pendapatannya pun jauh lebih tinggi di desa, meskipun hanya dengan bercucuk tanam, berjual sayur, dan ternakan babi.

Akan tetapi, Liao Xiaoming dan isterinya tidak mahu anak kesayangan mereka membesar di desa terpencil, sehingga mereka berusaha bermati-matian untuk berpindah ke bandar besar seperti Guangdong, demi mencari kehidupan yang lebih baik, khususnya bagi pendidikan anak mereka.

Bagi si isteri, kebahagiaan tidaklah ditentukan oleh banyaknya wang yang dimiliki, melainkan ditentukan oleh keharmonian dan kebahagiaan keluarga.

Dengan suami yang sangat sayang pada dirinya dan anaknya, serta baik hati dan cerdas, itu sudah merupakan kebahagiaan bagi si isteri.

Berikut adalah foto-foto tempat tinggal mereka di dalam tandas awam.







View the original article here

Jumaat, 13 September 2013

Perbezaan Tandas Di India Dan Indonesia


Ape perbezaan antara tandas-tandas ni, jom tengok…
Kat atas ni gambar tandas india….dan bawah ni gambar tandas di indonesia



View the original article here