Memaparkan catatan dengan label Mandi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mandi. Papar semua catatan

Isnin, 16 September 2013

"40% Tak Tahu Mandi Junub Sejak Latihan Menjadi Polis"






Keratan Akhbar

SHAH ALAM - Datuk A Kadir Jasin mendedahkan terdapat polis yang kurang pendidikan agama.

Beliau berkata, beliau mengakui semua kerjaya menghadapi masalah kerana sistem pendidikan negara yang didakwa kurang baik.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan masyarakat tidak boleh menyalakan sistem pendidikan negara semata-mata.

"Semasa dalam Suruhanjaya Khas penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia saya melawat pusat latihan dan maktab polis, kita mendapati polis menghadapi masalah daripada peringkat latihan lagi. Kalau saya tak betul Tan Sri (Musa Hassan) boleh betukan.

"30 hingga 40 peratus pelatih-pelatih tidak tahu mandi junub. Terpaksa diajar pula mandi junub. Mengucap tak berapa lancar pun tinggi sampai 40 hingga 50 peratus. Terpaksa diajar mengucap dua kalimah syahadah.

"Sembahyang pun begitu. Kalau kita salahkan sistem pendidikan tetapi tidak berbuat apa-apa maka kita akan lahirkan pasukan polis tidak berwibawa,tentera tidak berwibawa dan kewartawanan tidak berwibawa", katanya.



View the original article here

Khamis, 12 September 2013

Cara-Cara Mandi Wajib Yang Betul Mengikut Syarat Sah Mandi Wajib






Gambar Hiasan

Soalan; Macam mana mandi hadas besar dengan betul, mudah dan mengikut sunnah nabi. Bolehkah kita menyentuh kemaluan ketika mandi atau itu boleh membatalkan mandi kita tadi? Saya was-was dalam hal ini.

Jawapan;

Kaifiyat mandi hadas yang sempurna dan mudah diamalkan ialah dengan mengikut cara mandi Nabi s.a.w., antaranya yang diceritakan oleh Saidatina ‘Aisyah r.a sebagaimana berikut;
“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila baginda mandi janabah, baginda mula dengan membasuh dua tangannya. Kemudian baginda menuangkan air ke tangan kirinya dengan menggunakan tangan kanannya, lalu (dengan tangan kiri itu) baginda membasuh kemaluannya. Kemudian baginda mengambil wudhuk sebagaimana wudhuk untuk mengerjakan solat. Kemudian baginda mengambil air, lalu memasukkan jari-jarinya ke akar rambutnya hingga apabila melihat air telah membasahi seluruh (kulit kepala dan akar-akar rambutnya), baginda mencebuk air (dan menjirus) ke kepalanya sebanyak tiga cebukan. Kemudian baginda menyiram air ke seluruh badannya. Kemudian baginda membasuh kedua kakinya” (HR Imam Muslim).

Dari hadis di atas, dapat kita simpulkan cara mandi hadas seperti berikut;

1. Setelah membaca Bismillah, mulakan dengan membasuh dua tangan. Di dalam hadis yang lain, ada dinyatakan baginda membasuh dua tangannya sebanyak dua atau tiga kali.

2. Kemudian basuh kemaluan dan najis di badan jika ada dengan menggunakan tangan kiri.

3. Setelah itu ambil wudhuk sebagaimana yang biasa dilakukan.

4. Kemudian mulakan mandian dari bahagian kepala terlebih dahulu hingga rata air di seluruh kepala termasuk di celah-celah rambut.

5. Selesai bahagian kepala, lakukan mandian di bahagian badan pula; dari leher ke bawah. Sunat menjirus bahagian kanan terlebih dahulu, kemudian baru diikuti sebelah kiri.

6. Semasa mandi, tangan hendaklah menggosok-gosok badan terutamanya bahagian-bahagian yang berlipat yang dikhuatiri tidak sampai air jika tidak digosok.

7. Akhiri mandian dengan membasuh kedua kaki dan menggosok dicelah-celah jarinya.

8. Ketika mandi itu, jangan lupa berniat di dalam hati melakukan mandi yang diwajibkan atau berniat mandi untuk menghilangkan hadas besar dari badan.

Menyentuh kemaluan tidaklah membatalkan mandi. Ia hanya akan membatalkan wudhuk. Semasa mandi, jika menyentuh kemaluan itu dilakukan dengan niat/tujuan meratakan air ke bahagian kemaluan, tidaklah perlu mengulangi wudhuk kembali selepas mandi kerana sentuhan itu terpaksa dilakukan untuk menyempurnakan mandi wajib. Namun jika sentuhan itu berlaku setelah bahagian kemaluan itu telah diratakan air (semasa mandi itu) atau setelah selesai mandi, maka ketika itu barulah wajib mengambil wudhuk kembali selepas mandi. Adapun mandi, ia tidak terjejas semata-mata dengan menyentuh kemaluan.

Walahu a’lam.

Rujukan;
1. al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 2/230.

**********************************************

MANDI HADAS DENGAN SHOWER DAN BILANGAN JIRUSAN







Gambar Hiasan

Soalan; Assalamualaikum, Ustaz, Adakah sah mandi hadas dengan “shower”? Dengan meratakan air ke seluruh badan sahaja tetapi tidak ada bilangan jirusan. Jika tidak sah, apa yang sepatutnya saya buat. Terima kasih. Hamba Allah yang keliru

Jawapan;
Para ulamak mereka membahagikan perbuatan-perbuatan yang perlu dilakukan di dalam ibadah (solat, puasa, haji, mandi hadas dan sebagainya) kepada dua kategori;
1. Perbuatan-perbuatan rukun
2. Perbuatan-buatan sunat

Perbuatan-perbuatan rukun jika ditinggalkan akan menyebabkan ibadah rosak dan batal. Adapun perbuatan-perbuatan sunat jika ditinggalkan tidaklah menyebabkan ibadah rosak dan batal, akan tetapi akan mengurangkan pahala ibadah.

Bagi mandi hadas/wajib, perbuatan-perbuatan rukun ialah;
1. Berniat mandi hadas
2. Meratakan air ke seluruh badan.

Jika seseorang mandi dengan menyempurnakan dua perkara di atas, sahlah mandi hadasnya. Pertama, ia berniat di dalam hati ketika mandi itu bahawa mandi yang dilakukannya itu adalah bertujuan untuk menghilangkan hadas (bukan mandi biasa). Kedua, ia meratakan air ke seluruh badannya termasuk celah-celah rambut dan kawasan-kawasan yang berlipat di badan. Cara bagaimana ia mandi (sama ada dengan menyelam atau menjirus atau berdiri di bawah shower atau air terjun) tidaklah menjadi syarat asalkan air merata ke seluruh badan (dari hujung rambut hingga ke hujung kaki). Begitu juga, tidak disyaratkan bilangan jirusan tertentu. Jika dengan sekali jirusan sudah dapat meratakan air ke seluruh badan, memadai dengannya. Jika tidak, perlulah diulangi jirusan hingga diyakini air telah sampai ke serata badan. Namun, makruh mandi dengan terlalu banyak air hingga menimbulkan israf (pembaziran). Di dalam hadis, diceritakan bahawa; “Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- mandi dengan hanya segantang air sahaja” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Anas. Lihat hadis ini dalam Bulughul-Maram, bab al-Wudhu’).

Itu adalah had wajib yang mesti dilakukan ketika mandi hadas. Adapun jika ingin mendapat pahala yang sempurna, hendaklah melakukan juga perbuatan-perbuatan yang disunatkan semasa mandi. Menurut mazhab Syafiie, di antara perbuatan yang disunatkan ketika mandi hadas ialah;

1. Membaca Bismillah.

2. Dimulai dengan membasuh kedua tangan.

3.Menggunakan tangan kiri ketika membasuh kemaluan dan ketika menghilangkan najis di badan jika ada.

4. Mengambil wudhuk sebelum mula mandi.

5. Mandi dari atas ke bawah; yakni dari kepala turun ke kaki.

6. Menggosok celah-celah rambut dengan air, kemudian menjirus air ke kepala dengan tiga kali cebukan air.

7. Mandi dari sebelah kanan, kemudian baru kiri, yakni menjirus badan sebelah kanan dahulu, baru sebelah kiri.

8. Mengulangi mandi sebanyak tiga-tiga kali bagi setiap anggota.

9. Menggosok-gosok badan dengan tangan ketika mandi.

10. Menyelati celah-celah jari tangan dan kaki (jika dikhuatiri air tidak sampai tanpa diselati, wajiblah melakukannya).

11. Membaca doa apabila selesai mandi sebagaimana doa selepas mengambil wudhuk.

Wallahu a’lam.

-Sumber

View the original article here

Isnin, 9 September 2013

Gadis Di r o g o l Ketika Mandi Sungai




rogol

 gambar hiasan

KUALA KUBU BHARU – Pendarahan banyak pada ke maluan membongkar perbuatan sumbang seorang remaja berusia 16 tahun yang mengakui disetubuhi teman lelakinya.

Ibu remaja terbabit yang mengetahui perkara itu telah membuat laporan polis sehingga membawa kepada tangkapan teman lelaki anaknya itu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, perkara itu hanya disedari ibu remaja terbabit selepas dua hari hubungan sulit dilakukan.

“Menurut fakta kes, mangsa (remaja wanita) diajak oleh suspek (lelaki) terbabit untuk melakukan hubungan terlarang di kawasan Air Terjun Sungai Balak, Jalan Genting – Batang Kali dekat sini pada 24 Jun lalu.

“Pengadu datang bersama dua sepupu dan tiga rakannya ke kawasan air terjun itu untuk mandi. Tetapi suspek berusia 22 tahun telah mengajak mangsa ke kawasan jauh sedikit daripada tempat mandi mereka.

“Suspek kemudian telah memujuk dan memaksa mangsa untuk melakukan hubungan terlarang  tapi mangsa tak nak dan menghalangnya, namun mangsa dikatakan tidak berdaya melawan dan suspek terus r o g o l mangsa,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Menurut beliau, selepas kejadian itu mangsa balik ke rumah tanpa memberitahu sesiapa mengenai kejadian itu.

Jelasnya, hanya dua hari kemudian mangsa mengalami pendarahan yang banyak pada ke maluan sehingga diketahui ibunya dan mangsa menceritakan perkara sebenar.

Norel berkata, bertindak atas makluman mangsa, polis berjaya menangkap suspek di rumahnya di Kampung Kuantan, Batang Kali.

“Suspek mengaku melakukan hubungan itu dengan remaja wanita itu dan ia dilakukan pertama kali,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kini ditahan di Hospital Selayang kerana mengalami kesan koyak pada kemaluan.
Norel Azmi memberitahu, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana mer o g o l.

Sumber dari 

View the original article here