Jumaat, 20 September 2013

Yasmin Hani: Tolong Henti Sebarkan Gambar Perut Saya

Yasmin Hani Minta Henti Sebar Gambar Hamilnya | Yasmin Hani, 34, hari ini menerusi Utusan Online, merayu kerjasama semua pihak agar tidak terus menyebarkan gambar peribadinya dalam keadaan menayangkan perut yang sedang hamil.



Artikel Berkaitan:



Beliau berkata demikian ketika menjelaskan bahawa gambar itu bukan untuk tatapan umum, bagaimanapun secara tidak disengaja ianya telah dikongsi seorang ahli keluarganya di laman sosial, semalam.





Tambah Yasmin lagi, gambar yang diambil ketika sesi fotografi beberapa minggu lalu itu memaparkan Yasmin hanya memakai baju tiub dan menampakkan hampir keseluruhan perutnya yang dilukis dengan gambar pokok-pokok.


“"Gambar ini diambil sebagai kenang-kenangan seumur hidup saya. Hanya untuk kami sekeluarga, bukan untuk tatapan orang lain. Ketika sesi fotografi itu hanya ada saya, suami dan seorang anak saudara saya sahaja ada di situ dan bukan untuk orang lain pun.

“"Saya sangat kesal dengan sikap mereka yang tidak sudah-sudah mengaibkan saya dengan menyebarkan lagi gambar itu di laman sosial. Apa yang mereka dapat?," katanya lagi.

Meminta agar gambar tersebut tidak terus di sebarkan, Yasmin turut membidas beberapa kritikan yang dilemparkan kepada dirinya juga di laman sosial.

“Orang kata saya urban, tiada agama. Apakah tindakan mereka dengan memalukan saya adakah ini perkara yang betul?" kata Yasmin Hani yang merupakan isteri Sha’'arin Mohammed Razali.

Yasmin Hani dijangka bersalin anak pertama hasil pernikahannya dengan pemain drum kumpulan Black Rose itu pada pada November depan.

sumber: kezoom

View the original article here

Tiada ulasan:

Catat Ulasan