Rabu, 11 September 2013

Wow : Pusat Membeli-Belah Terbesar Di Dunia







Pusat membeli-belah atau medan membeli-belah ialah sebuah atau segugusan bangunan yang membentuk sebuah kompleks kedai perniagaan, laluan pejalan kaki bersambungan yang memudahkan perjalanan pengunjung dari satu unit ke satu unit, di samping tempat letak kereta ibarat pasar dalam bangunan yang serba moden.

Setelah pulih dari krisis kewangan yang berlaku tiga tahun lalu, negara Emiriyah Arab Bersatu (UAE) kini sedang dalam perancangan untuk membina sebuah kompleks membeli-belah yang terbesar di dunia.

Dubai, terkenal dengan projek-projek mega sebelum ia dilanda krisis kewangan global,diumumkan satu perkembangan baru untuk membuka pusat beli-belah terbesar di dunia dan sebuah taman yang lebih besar daripada Hyde Park di London.

Pemerintah Dubai Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, mengumumkan rancangan untuk membina “bandar baru Dubai,” . Menurut kenyataan rasmi, ‘bandar baru’tersebut akan dinamakan sempena namanya.

Buat masa sekarang, tidak dinyatakan lagi kos untuk “Bandar Mohammed bin Rashid ” yang akan dijalankan oleh beliau. Dubai Holding dan Emaar Properties adalah yang telah membangunkan banyak projek berprestij di Dubai, termasuk Burj Khalifa, menara tertinggi di dunia.

“Pusat Beli-Belah Dunia”ini akan mempunyai kapasiti 80 juta pelawat setahun untuk menjadikannya “terbesar di dunia,”. Manakala taman itu pula akan 30 peratus lebih besar daripada Hyde Park London.”

Sebuah pusat hiburan keluarga yang dibangunkan oleh Universal Studios Hollywood akan turut dibina bersambungan dengan kompleks tersebut yang akan menjadikannya yang terbesar di rantau ini. Ianya bertujuan untuk menarik enam juta pelawat setahun.

Dubai sudah mempunyai banyak pusat membeli-belah dan hotel, termasuk Dubai Mall. Ia telahpun dianggap sebagai destinasi membeli-belah terbesar di dunia, berriadah dan berhibur dibuktikan dengan kehadiran 62 juta pelawat tahun ini.

“Kemudahan sedia ada di Dubai perlu dipertingkatkan selaras dengan cita-cita masa depan untuk Bandar ini,” Sheikh Mohammed berkata dalam satu kenyataan.

Pelancongan Dubai berkembang sebanyak 13 peratus setahun. Menurut kenyataan itu, dengan penginapan hotel mencapai sehingga 82 peratus pada tahun 2011 ,manakala pendapatan hotel meningkat 22 peratus tahun lepas,ianya melebihi 16 bilion dirham ($ 4.4 billion).

Dubai telah menggegarkan pasaran kewangan global pada musim luruh 2009 ketika berhadapan krisis hutang tetapi Dubai telah menyelesaikan permasalahan hutang yang mengunung oleh syarikat-syarikatnya dan keadaan ekonomi yang telah kembali meningkat maju selepas kontrak pada tahun 2009.

Walaupun tarikh siap masih belum diketahui lagi, namun rancangan mega ini dilihat bakal membawa negara UAE ke satu tahap tertinggi di dunia.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan