Jumaat, 20 September 2013

Tini 3R Selamat Bersalin Anak Kedua

Tahniah diucapkan kepada Tini 3r yang baru sahaja menyambut kelahiran anak kedua.




Tini telah selamat melahirkan bayi keduanya pada 8 September lalu selepas ditahan selama lebih kurang enam hari di hospital sebaik sahaja air ketubannya pecah.

Kalau ada yang perasan, Tini ada meminta pendapat peminat-peminatnya di Twitter berkenaan nama yang bersesuaian untuk anaknya beberapa bulan sebelum bersalin.

Pebagai nama bermula dengan huruf K telah dicadangkan namun akhirnya Tini memilih untuk menamakan bayi lelakinya Kefli.

Bagaimanapun, beberapa hari lepas Kefli telah dimasukkan ke wad semula kerana menghidap demam kuning. Semoga kesihatan Kefli dan Tini cepat sembuh hendaknya.

Untuk pengetahuan anda, Tini yang pernah menjadi penyampai radio Hot Fm suatu ketika dulu telah mendirikan rumah tangga dengan Pengurus Acara Hot FM, Nur Sulhi Jasmin atau Sol pada 22 Februari 2009.

Setakat ini hidup Tini dan Sol diserikan dengan dua orang cahaya mata iaitu Kaseh Nur Sulhi dan Kefli Nur Sulhi













sumber:ohbulan

View the original article here

Tiada ulasan:

Catat Ulasan