Rabu, 18 September 2013

Saya Tak Pernah Berniaga Online: Izzue Islam Nafi Tipu Duit Peminat






Saya memang tidak mempunyai sebarang perniagaan sampingan
 Penyanyi serta pelakon Izzue Islam mengakui agak terkejut apabila ada pihak menuduhnya menipu duit peminat dengan menjual telefon bimbit. Walaupun sudah menafikan perkara ini dalam sebuah akhbar, namun masih ada peminat yang meminta wang serta mengungkit isu tersebut.

“Walaupun sudah memberikan kenyataan sebelum ini namun saya masih dianiaya dan difitnah kononnya saya menipu duit peminat. Disini saya ingin menegaskan yang akaun Instagram serta nombor telefon yang diberikan itu bukan milik saya,” ujar Izzue ketika ditemui di siding media teater Maduku Kalut di Istana Budaya, Kuala Lumpur, petang Khamis.

Izzue turut menjelaskan yang dia memiliki satu akaun sahaja dengan nama Izzue Islam yang mana pengikutnya 133,000 ribu dan berharap agar para peminat tidak percaya dengan individu yang menggunakan akaun palsu atas namanya untuk kepentingan sendiri.







Rujukan:

“Setakat ini sudah ada tiga orang yang tampil memberitahu bahawa mereka kena tipu dan saya tidak pasti sama ada terdapat orang lain yang turut mengalami nasib yang sama. Saya difahamkan bahawa mangsa memasukkan sejumlah wang ke akaun milik kawan isteri saya (Awin) padahal isteri saya tidak kenal langsung individu tersebut,” katanya.

“Saya berharap mereka diluar sana lebih berhati-hati dan meneliti terlebih dahulu sebelum membeli apa-apa barang di laman sosial. Saya memang tidak mempunyai sebarang perniagaan sampingan dan kepada mereka yang tertipu itu boleh tampil dengan menunjukkan bukti yang kukuh.”


Sokongan izzue terhadap Artikel ini



sumber:gua.com

View the original article here

Tiada ulasan:

Catat Ulasan