Isnin, 9 September 2013

Raksasa Laut Misteri Dijumpai Di Sepanyol

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, mungkin sebelum ni banyak kes atau penemuan baru makhluk atau binatang pelik di temui yang anda semua dah tengok, kalau belum boleh tengok SINI. Kali ini penemuan bangkai reput raksasa laut lengkap bertanduk sepanjang 4 meter ditemui mengemparkan penduduk.





Penduduk di pinggir pantai selatan Sepanyol gempar, apabila menjumpai satu bangkai reput raksasa laut lengkap bertanduk sepanjang 4 meter, kelmarin.

Menurut pihak berkuasa, makhluk itu ditemui seorang wanita tempatan berdekatan gua Almanzora di Villaricos, dalam keadaan badan dan kepala terputus.

“Ia menimbulkan tanda tanya kepada semua pihak dan saintis mula menjalankan kajian terhadap penemuan ini,” katanya yang mengesahkan bangkai raksasa laut bertanduk yang busuk itu telah ditanam bagi tujuan kebersihan.

Sementara itu, agensi Discovery News melaporkan, satu sampel didakwa raksasa laut pernah dikumpulkan sepasukan saintis dalam 2004 dan merumuskan ia sejenis paus dari spesies berbeza dikenali sebagai ‘blobster’.

Via – Sinar Harian Online

View the original article here

Tiada ulasan:

Catat Ulasan