Khamis, 26 September 2013

Love You Mr Arrogant Menggantikan Cinta Jannah Dalm Slot Akasia TV3

Nampaknya, Cinta Jannah telahpun melabuhkan tirainyasemalam dan kami pasti, ramai peminat sudah tidak sabar dengan drama apakah yang bakal menanti selepas ini.

Berjudul Love You Mr Arrogant, filem yang dibintangi oleh pelakon popular seperti Azlee Khairi, Zara Zya, Hanez Suraya, Keith Foo, Anzalna Nasir, Norish Karman dan ramai lagi bakal menemui anda pada hari esok, 25 September.







Aishah Illias berganding bersama Norish Karman
 Ia mengisahkan tentang pasangan suami isteri iaitu Irham (Azlee Khairi) dan Zaara (Zara Zya) yang berkahwin bukan atas dasar cinta. Namun disebalik itu, Zaara sedikit demi sedikit mula menyintai suaminya meskipun suaminya masih ego dan tidak melayannya dengan baik.

Tidak lama kemudian, segalanya berubah apabila hadir orang ketiga iaitu Hadry yang menyimpan perasaan cinta terhadap Zaara. Hadry sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan Zaara.







Anzalna Nasir turut membintangi drama ini
Apakah yang akan berlaku selepas itu? Adakah cinta Zaara akan berpaling pada Hadry atau setia pada Irham meskipun lelaki itu masih ego dengan sikapnya?

Drama ini bakal merungkai segala persoalan dan masalah keluarga diantara dua insan. Dan untuk pengetahuan anda, drama ini merupakan garapan dari novel terbaik untuk slot Akasia.


sumber: ohbulan

View the original article here

Tiada ulasan:

Catat Ulasan