Rabu, 18 September 2013

Faizal Tahir Terkejut Besar

La .. terkejut kenapa pulak ni, cecite.. cecite..

Inspirer AF2013, Faizal tahir, mengaku terkejut apabila Sani diumumkan sebagai pelajar yang tersingkir pada minggu pertama konsert AF2013 yang berlangsung pada Sabtu.

“Semasa saya membuka sampul untuk mengumumkan pelajar yang tersingkir, saya sebenarnya tidak menjangkakan langsung bahawa ianya adalah Sani memandangkan dia adalah diantara peserta yang saya lihat mempunyai potensi.

“Sejujurnya, jika kami, tenaga pengajar berbincang mengenai pelajar-pelajar AF, ada dua tiga orang yang kami sangat risaukan dan Sani tidak termasuk dalam senarai tersebut.” ujarnya ketika ditemui pada konsert pertama AF2013.

Menurut Faizal lagi, Sani merupakan salah seorang pelajar yang agak rapat dengannya, dia juga amat menyukai sikap Sani yang gemar bertanya dan dia berpuas hati dengan persembahan Sani pada malam tersebut.

“Selain itu, Sani adalah seorang yang suka bertanya, paling rajin buat ‘homework’, dan saya sangat suka dengan sikap yang sebegitu.

“Jika dilihat dari persembahan juga, Sani bukanlah yang paling teruk, malah persembahannya penuh dengan keyakinan. Saya harap, selepas ini Sani akan teruskan perjuagan untuk bergelar anak seni dan saya bangga dengan dia.” ujarnya lagi.

Faizal Tahir juga berharap agar masyarakat lebih berfikiran terbuka untuk mengundi dan membuat pemilihan dengan lebih baik untuk melahirkan seorang bintang.

Pena Hiburan: Biasala kan.. turun naik tu lumrah kehidupan

sumber: astro-gempak

View the original article here

Tiada ulasan:

Catat Ulasan