Ahad, 29 September 2013

Adam AF Akui Fiza Elite Bikin Dia Jadi Angau

Dari mata jatuh ke hati itulah yang digambarkan oleh penyanyi, Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman selepas pertama kali berjumpa dengan pelakon, Fiza pada Julai lalu.

Adam bekas bintang Akademi Fantasia 2 (AF2), berkata Fiza wanita yang telah benar-benar membuka hatinya untuk berkahwin setelah dua kali berjumpa.

Artikel Terdahulu



"Alhamdulilah saya bersyukur dan gembira kerana perancangan pernikahan kami berjalan dengan lancar.

"Sebenarnya, saya jadi angau bila pertama kali berjumpa dengan Fiza kerana hati saya jadi rindu dan sayang kepadanya selepas itu. JDisebabkan itu, saya pun tidak teragak-agak untuk melamarnya pada hari kedua berjumpa.

"Saya tak tahu mengapa saya boleh mengambil keputusan dengan begitu cepat, mungkin sudah tertulis agaknya jodoh kami berdua. Apa yang saya boleh katakan, dia memang cinta pandang pertama saya.

"Dan, setelah mengenalinya saya akui terpikat dengan gaya tutur bahasanya. Malah dia punya ciri-ciri keibuan. Daripada apa yang saya lihat, dia begitu tegas dan sayang terhadap anak-anaknya," katanya yang ditemui murai.com.my sejurus selepas berakhirnya majlis akad nikah mereka.

Adam dan Fiza bernikah di Banggunan Majlis Agama Islam Selangor, Shah Alam (MAIS) pagi semalam.

Mengenai status Fiza yang merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anak itu, Adam memberitahu ianya bukan masalah besar buatnya, asalkan dia dapat membimbing isterinya ke jalan yang diredhai Allah.

"Saya tahu semua orang mahu yang terbaik untuk jodohnya dan saya yakin Fiza adalah orang yang terbaik untuk saya kerana saya pernah berdoa dan minta kepada Tuhan jika benar dia jodoh saya dekatkan lah dia kepada saya dan begitu sebaliknya. Alhamdulilah ternyata Tuhan telah permudahkannya.

"Malah keluarga saya pun menerima baik Fiza, cuma mereka terkejut dengan keputusan saya kerana bimbang saya tidak dapat memikul tanggungjawab sebaga seorang suami kepada Fiza yang punya 2 orang anak," luahnya lagi.

Sementara itu, Fiza pula memberitahu dia senang dengan sikap Adam biarpun baru beberapa kali berjumpa, malah lebih menguatkan lagi hatinya untuk menerima Adam adalah apabila anak-anaknya mudah mesra dengan jejaka itu.

"Pada mulanya, terkejut juga 2 kali berjumpa dia sudah ajak nikah tapi hati senang sahaja nak menerimanya wakti itu. Malah, perjalanan hubungan kami senang sahaja sehingga kami akhirnya diijabkabulkan. Bagi saya jodoh itu rahsia Allah dan ini semua ketentuannya.

"Saya terima Adam juga kerana anak saya. Sebelum ni saya pernah berkenalan dengan 2 orang lelaki tapi tak semesra dengam Adam yang pertama kali jumpa terus mereka sudah main kejar-kejar.

Pertama kali jumpa pun mereka sudab mesra dan panggil Abi (ayah). Malah wujud perasaan rindu mereka setiap kali tak berjumpa," ceritanya.

Fiza merupakan ibu tunggal kepada kepada 2 cahaya mata iaitu Ferra Aryana Ahmed Farriq, 3, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq berusia 2 tahun.

Pasangan bakal diraikan dalam majlis persandingan menyambut tetamu oleh pihak lelaki di Sabah pada pertengahan bulan depan.

sumber:murai

View the original article here

Tiada ulasan:

Catat Ulasan