Khamis, 26 September 2013

Aaron Aziz Alami Sakit Tulang Belakang Bengkok


Sejak kebelakangan ini Aaron Aziz dilihat semakin banyak menerima tawaran berlakon filem aksi yang memerlukan latihan dan kemahiran sempurna.

Kalau anda sudah menonton filem Dampak baru-baru ini, pasti ada yang memuji kehebatan Aaron sewaktu berlawan menentang musuhnya tanpa memerlukan bantuan stuntman.

Selain dari Dampak, filem KL Gangster 2 yang akan ditayangkan tidak lama lagi juga menampilkan Aaron membawa adegan lasak.

Namun dalam pada Aaron aktif melakonkan watak sebegitu, tak siapa yang tahu bahawa sebenarnya aktor pujaan ramai ini mengalami masalah tulang belakang.

Bapa kepada tiga anak ini berkongsi sekeping gambar X-Ray di Instagram petang semalam berserta caption yang meminta peminatnya menjaga tulang belakang dan menyatakan akan ditahan di wad hari ini untuk mendapatkan rawatan.



Foto itu sekaligus menimbulkan kerisauan di kalangan peminat hingga ada yang memberi petua berguna untuk Aaron. Namun kebanyakannya mendoakan kesejahteraan pelakon kesayangan mereka itu.

Pena Hiburan tidak pasti apakah punca tulang belakang Aaron Aziz menjadi bengkok tetapi kami harap keadaannya tidak terlampau serius dan dapat kembali pulih secepatnya.

View the original article here

Tiada ulasan:

Catat Ulasan