Khamis, 15 Ogos 2013

Cerita sebuah kereta yang belum digunakan sejak 25 tahun

Toyota AE86 Berusia 25 Tahun Yang Masih Di Dalam Plastik.Kereta Toyota Corolla AE86 ini. Ia dijumpai di Belgium dimana kereta ini telah tersimpan di basement selama lebih 25 tahun. Lebih menarik, kereta ini masih dalam keadaan asal seperti baru keluar dari kilang dan tidak berkarat langsung. Kerusi didalamnya masih dibalut dengan plastik dari kilang.

Apa yang paling best meter pada dashboard pun menunjukkan kereta ini baru berjalan sebanyak 48 kilometer. Pemilik kenderaan ini membeli kereta ini dan memandunya dari kedai kereta hingga ke basement tersebut. Dan kereta itu dibiarkan begitu selama lebih 25 tahun. Bau kereta ini juga masih bau seperti baru. 

Klik 2x untuk besarkan gambar







Tuan kereta ini mengeluarkan minyak dari tangki dan bateri juga dibuka untuk mengelakkan kereta ini dari rosak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan