Sabtu, 3 Ogos 2013

Ascend P6 telefon pintar ternipis di dunia

Syarikat Huawei telah memperkenalkan telefon pintar Ascend P6 ternipis di dunia iaitu 6.18mm dengan pemprosesan Quad Core 1.5GHz K3V2 dan kamera 8 megapiksel. Ascend P6 yang peka sentuh dibawa masuk ke Malaysia dengan harga yang berpatutan iaitu RM1,399 sesuai dengan kelengkapan teknologi sebelum menjelang lebaran. Ia didatangkan dalam warna hitam dan putih manakala warna merah jambu akan ditawarkan pada bulan Oktober. 

Ascend P6 telefon pintar ternipis di dunia
Syarikat dari China ini datang dengan Ascend P6 yang lengkap dengan RAM 2GB dan stor dalaman 8GB namun mereka hanya mengeluarkan telefon dalam versi 3G sementara versi LTE masih dalam tempoh perbincangan syarikat. 

Telefon nipis yang mempunyai skrin 4.7 inci LCD (1280 x 720 piksel) ini akan beroperasi menggunakan OS Android Jelly Bean 4.2.2 dan Emotion UI yang seakan-akan iOS manakala sistem rangkaian ditetapkan pada HSPA+ bagi kelajuan muat turun 21Mbps. 

SPESIFIKASI 

Produk: Huawei Ascend P6 
Harga: RM1,399 
Paparan: 4.7 inci 1280 x 720 piksel 
Dimensi: 132.65 x 65.5 x 6.18mm 
Berat: 120 g 
Rangkaian: WCDMA 850/900/1700/1900/2100MHz GSM850/900/1800/1900MHz 
CPU: 1.5GHz Quad-core CPU K3V2E 
OS: Android 4.2.2 
UI: Emotion UI 
Kamera: 8.0 megapikselBateri: 2000mAh
Masa cas: empat jam maksimum 
Sambungan: Bluetooth 3.0, Wi-Fi 802.11b/g/n, USB 2.0 (480 Mbit/s)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan