Kuala Lumpur: Nagamas Retails (M) Sdn Bhd, syarikat yang mengendalikan penjualan ikan arowana meletakkan sasaran pendapatan mencecah RM2 juta untuk tahun pertama operasinya.Pengarahnya Ong Kar Ghee berkata, sasaran berkenaan dapat dicapai kerana pihaknya menawarkan pakej mampu milik kepada penggemar ikan arowana.
“Walaupun ada yang berpendapat ikan arowana ini terlalu mahal untuk dimiliki, namun kami menawarkan pakej yang berpatutan kerana kami percaya semua orang berhak memiliki ikan ini.“Menerusi pakej yang kami tawarkan ini hanya memerlukan pelanggan membayar kira-kira RM46.88 sebulan dan mereka boleh memiliki seekor ikan arowana dari spesies Highback dengan kelengkapan akuarium dan penapis,” katanya .
Menurutnya, pihaknya boleh menawarkan harga rendah kerana semua ikan diperoleh daripada kolam ternakannya sendiri dengan jaminan kualiti yang terbaik.“Buat masa ini, kami menawarkan Arowana yang diambil dari kolam kami di Bukit Merah, Perak di mana semua ikan di sini dibiakkan melalui sistem kacukan dengan baka dan spesies arowana yang terbaik.
CAWANGAN Nagamas di SS Two Mall. |
“Ini bermakna semua arowana yang ditawarkan untuk pembeli sudah melalui proses pemilihan dan hanya ikan yang cantik dan sempurna saja ditawarkan di Nagamas,” katanya.Menurutnya, selain menyediakan arowana yang terbaik, pihaknya juga memberikan tawaran istimewa di mana pelanggan boleh memulangkan semula arowana yang dibeli sekiranya tidak berpuas hati dengan saiz atau kecantikan ikan berkenaan.
“Ini kerana ada sebahagian pelanggan yang terpaksa menyerahkan arowana yang dimiliki kerana ikan berkenaan semakin membesar dan tidak lagi boleh diletakkan dalam akuarium bersaiz sederhana. Sekiranya ini berlaku, kami sedia menukar arowana berkenaan dan memberikan ikan dengan saiz yang dikehendaki,” katanya.Dalam pada itu, menurutnya pihaknya menjangkakan untuk membuka cawangan baru di Johor dan Pulau Pinang pada tahun depan dengan memilih lokasi di pusat beli-belah kerana isu keselamatan yang lebih terjamin.
Sumber:Hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan