Ahad, 14 Julai 2013

Serina buat bisnes char kuetiau?

Khabarnya, Serina akan buka kedai makan char kuetiau dalam waktu terdekat. Kalau dah namanya kedai anak chef popular, pasti ramai pelanggan berpusu-pusu datang. Maklumlah, air tangan keluarga Chef Wan memang terbukti sedap.Tak menang tangan nampaknya Serina. Bukan saja rancak menerbitkan drama dan program televisyen, dia juga punya produk kecantikan sendiri diberi nama Serina Anggun. Ibu kepada dua cahaya mata ini turut ada farmasi Cosway yang beroperasi di Kota Damansara.



Kalau nak diikutkan, komitmen yang digalas memang hebat Serina. Itu belum sentuh kecekapannya menguruskan rumah tangga. Kiranya Serina boleh dinobatkan gelaran ‘supermom’. Serba boleh gitu.Terfikir juga apa sudah jadi dengan kariernya sebagai pelakon yang nampaknya semakin perlahan. Bagaimanapun, ada teman memaklumkan Serina memang tidak seaktif dulu tetapi rindu peminat setianya pasti terubat apabila Serina masih beraksi dalam drama Roda Roda Kuala Lumpur.

SUMBER:HMETRO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan