Sabtu, 20 Julai 2013

Kanak-kanak mati lemas dalam kereta ibu


Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun maut akibat lemas setelah ditinggalkan tanpa sengaja oleh ibunya selama lebih lima jam dalam kereta di tempat letak kereta sebuah sekolah di Subang Jaya di sini, Khamis.Nawal Iris Samsudin, yang tertidur di kerusi belakang kereta, ditemui ibunya Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia.


Datuk Rohani berkata kejadian itu sepatutnya tidak berlaku kerana ia merupakan tugas dan tanggungjawab ibu dan bapa dalam memastikan anak mereka mendapat penjagaan yang baik. "Kemalangan boleh berlaku di mana-mana dan oleh sesiapa sahaja, hal seperti ini perlu diingatkan selalu, saya berasa amat sedih dan bersimpati kerana kejadian ini merupakan satu kecuaian," katanya.

 Ibu bapa atau penjaga yang cuai dalam penjagaan anak mereka boleh didakwa di mahkamah mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata sekiranya sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya. 

Sumber:Hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan