Isnin, 22 Julai 2013

Hajat tidak kesampaian apabila lemas mencari lala

MELAKA, 21 Julai (Bernama) -- Empat rakan ditemui mati lemas ketika mencari lala di Sungai Melaka di Taman Seri Krubong, Krubong di sini hari ini.Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa yang terdiri daripada adik beradik iaitu Hanis Balkis Fadzli, 7, dan Mohamad Nazmi Fadzli, 9, serta dua rakan mereka iaitu Athafiz Amin, 10, dan Rodziatul Nadia Rosnan, 12, dipercayai tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai.
Lala

Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Melaka Kamarulzaman Mohd Din berkata tujuh anggota bomba dari Balai Bomba Ayer Keroh dan 11 anggota unit penyelam dari Balai Bomba Kubu dikejarkan di tempat kejadian."Bomba menerima panggilan pada pukul 4.58 petang dan berjaya menemui mayat mangsa keempat pada pukul 6.04 petang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka dan dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cheng di sini.

Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-fatihah untuk mangsa lemas.

Sumber:Yahoo News Today

Tiada ulasan:

Catat Ulasan